KESAN PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA IBU-IBU YANG MENYUSUKAN ANAK
Lemak susu ibu
mengandungi asid lemak (fatty asid) yang unik. Ia terdiri daripada 45 hingga 50 peratus 'saturated', sekitar 35 peratus 'monounsaturated',
dan sekitar 15 hingga 20 peratus 'polyunsaturated'. Dari keseluruhan 'saturated fatty asid' yang dihasilkan dalam mammary
gland, 18 peratus darinya adalah antimikrobial fatty asids, lauric asid dan capric asid. Antimikrobial fatty asids ini memberikan
bayi yang disusukan perlindungan dari berbagai virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti chlamydia dan helicobater, protozoa
seperti giardia lamblia.
Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil
makanan dari lemak kelapa (terutama Minyak Kelapa Dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan
lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan
pada tahun 1998). Ini bererti kandungan jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu
berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan.
Menurut beberapa
kajian, tanpa tambahan lauric asid dari pemakanan, susu ibu masih mengandungi sekitar 3 peratus lauric asid dan 1 peratus
capric asid yang dihasilkan oleh mammary gland ibu berkenaan, dan tahap kandungan lauric asid dan capric asid yang dihasilkan
berbeza diantara setiap ibu yang menyusukan anak. Walau bagaimanapun apabila lauric asid diambil melalui pemakanan seperti lemak kelapa dalam kelapa parut, kandungan
lauric asid di dalam susu ibu bertambah secara ketara sehingga tiga kali ganda berbanding kandungan asal, sementara
kandungan capric asid bertambah hampir dua kali ganda. Keadaan ini dapat memberikan bayi yang disusukan perlindungan yang
lebih dari berbagai virus virus, bakteria dan protozoa.
KHASIAT MEMINUM MINYAK KELAPA DARA
BAGI IBU-IBU YANG MENYUSUKAN ANAK & SEDANG MENGANDUNG.
Susu ibu secara
semulajadi mengandungi komposisi fatty asid yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% ‘saturated’, sekitar
35% ‘monounsaturated ’ dan 15-20% ‘polyunsaturated’. Daripada keseluruhan jumlah saturated fatty acid tersebut, sekitar 18% daripadanya
adalah antimokrobial fatty acid yang terdiri dari lauric acid dan capric acid. Kedua-dua antimicrobial fatty acid tersebut
memberikan bayi yang disusukan perlindungan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan herpes, bakteria seumpama
Chlamydia dan heliocobater, serta protozoa seperti giardia lamblia.
Paras kandungan
antimikrobial fatty acids tersebut mungkin serendah 3-4% Namun apabila sesaorang ibu yang menyusukan
anak mengambil Minyak Kelapa Dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah
dengan ketara dalam air susu mereka.
Mutakhir ini kajian
telah menunjukkan apabila Minyak Kelapa Dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan
lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan
bertambah sekitar dua kali ganda. Bagi sesetengah ibu di beberapa negara, paras kandungan lauric acid dan capric
acid didalam susu mereka boleh mencecah sekitar 21% (bagi lauric acid) dan 6% (bagi capric acid). Keadaan ini akan memberikan
bayi mereka lebih perlindungan terhadap virus, bacteria dan protozoa. (lihat hasil kajian dalam The American Journal of Clinical
Nutrition – diterbitkan pada tahun 1998).
Disamping khasiat
terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil Minyak Kelapa Dara dalam makanan, mereka
juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’
dalam Minyak Kelapa Dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya
mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.
Terdapat beberapa
perakuan pengguna bahawa Minyak Kelapa Dara membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan
dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin.
KUALITI SUSU IBU & MCFA
Susu yang kaya
dengan MCFA sangat penting untuk petumbuhan dan perkembangan anak yang sehat. Atas alas an tersebut, MCFA ditambahkan
pada kebanyakan susu atau makanan bayi. Bagaimanapun, asam lemak ini tidak persis sama dengan yang ditemukan secara
alami pada air susu ibu. Pada satu satu ketika para pengeluar susu akan menggunakan minyak kelapa atau minyak kernel
sawit asli. Namun minyak medium-chain triglycerides (minyak MCT) digunakan pada beberapa produk susu kerana minyak MCT
merupakan produk industri yang mengandung 75 peratus asid kaprilat dan 25 peratus asid kaprat dengan sedikit asid lauric dan
MCFA sebagai antimicrobial paling penting. Perbandingan asam lauric dengan MCFA lain pada minyak kelapa adalah sama dengan
pebandingan yang terdapat pada air susu ibu. Alasan MCT digunakan untuk mengganti minyak kelapa yang lebih mahal hanyalah
kerana alasan ekonomi atau adanya perhatian pada kesehatan. Walaupun asid kaprilat dan asid kaprat itu baik, namun
aia tidak sebaik asam laurat dan tidak sebagus kombinasi ketiganya, seperti yang terdapat secara alami.
Kalau kandungan
asid lemak dan kualiti susu dapat diubah, maka bagaimana dengan air susu ibu. Air susu ibu tidak diragukan lagi sebagai
pilihan makanan paling baik untuk bayi. Namum tidak semua air susu ibu sama kualitinya kerana ia banyak dipengaruhi
oleh kesehatan ibu. Kalau ibu tidak makan bahan yang berkhasiat, tubuh akan mengambil dari jaringannya sendiri.
Kalau ibu kekurangan bahan berkhasiat yang penting, maka susu yang dihasilkannya juga akan kurang. Sebaliknya kalau
ibu makan makanan yang mengadungi racun (seperti asid lemak trans) susunya akan mengandung racun juga. Oleh itu makan
makanan dengan bijak sangat penting bagi wanita yang hamil dan yang menyusui bayinya.
Kelenjar susu menghasilkan
sedikit MCFA sebagai komponen utama pada air susu ibu. Hikmah mengapa MCFA ada didalam susu ibu adalah kerana sistem
pencernaan bayi yang belum matang akan mudah menyerap dan menggunakannya. Ia memberi bahan berkhasiat dan tenaga
terhadap bayi, yang diperlukannya untuk membesar dan berkembang dengan baik. MCFA juga mempunyai sifat antimikrobial yang
memberikan perlindungan kepada bayi terhadap virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti Chlamydia dan H. Pyrolis, kulat
seperti candida dan protozoa seperti giardia.
Penelitian pada
binatang mahupun manusia telah menunjukkan bahwa MCFA menjadi komponen sangat penting dalam air susu ibu untuk pertumbuhan
dan perkembangan keturunan dengan baik dan benar. Adalah diakui bahawa sememangnya terdapat perbezaan nyata diantara makanan
yang mengandungi LCFA (minyak sayur) dengan makanan yang mengandungi MCFA (minyak kelapa) dalam kelangsungan hidup dan kadar
pembesaran. Bayi yang ibunya menerima MCFA membesar lebih cepat, lebih sehat dan mempunyai kadar kelangsungan hidup sebesar
68 peratus berbanding dengan 32 peratus. Hal ini berlaku terutama bagi bayi yang lahir kekurangan berat badan.
Terakhir satu kajian
yang melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah, mengesahkan bahawa minyak kelapa apabila
ditambahkan pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan
penambahan berat badan adalah dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fisik bukan kadar penyimpanan lemak. Kesimpulannya
dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu mencernanya
dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga
tidak dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan. MCFA tidak hanya memudahkan bayi menyerap lemak
yang diperlukankan namun ia juga memperbaiki penyerapan vitamin, mineral dan protein yang boleh dilarutkan oleh lemak.
Lemak pada air
susu ibu mempunyai komposisi asid lemak yang unik. Komponen utamanya adalah lemak jenuh, yang terdiri sekitar 45-50
peratus kandungan lemak total. Lemak lain yang paling banyak adalah mono-takjenuh yang menyusun sekiktar 35 peratus
lemak susu. Lemak poli-takjenuh terdiri hanya 15–20 peratus dari lemak total. Lemak jenuh pada air susu
ibu berada dalam bentuk MCFA. Sayangnya, banyak ibu yang hanya menghasilkan sedikit air susunya, sehingga dapat menimbulkan
kesan yang tidak baik pada kesehatan anak.
Kalau air susu tidak mengandung cukup
MCFA, bayi biasanya menderita kekurangan zat dan menjadi rentan terhadap penyakit menular. Maka air susu ibu harus
mengandung sebanyak MCFA yang dihasilkan oleh alam. Hal ini dapat dilakukan dengan diberi banyak makanan yang mengandungi
MCFA. Ibu yang menyusui akan menghasilkan susu yang kaya dengan bahan zat yang dapat meningkatkan kesehatan. Kalau susu
lembu dan produk hasilan dari susu lainnya hanya mengandung sedikit MCFA, makanan yang paling kaya dengan MCFA adalah minyak
tropika, terutama sekali minyak kelapa.
Asam lemak sebagai
antimikrobial adalah cukup rendah, hanya sekitar 3 peratus, namun apabila ibu yang menyusui memakan produk kelapa seperti
kelapa parut, santan, minyak kelapa dan lain-lain maka kandungan MCFA dalam susu akan meningkatg secara signifikan.
Misalnya, memakan 40 gram (sekitar 3 sendok makan) minyak kelapa setiap kali makan secara teratur dapat menambah asid laurat
pada ibu yang menyusui dari 3.9 % sampai 9.6 % setelah 14 jam. Kandungan asid kaprilat dan asid kaprat juga bertambah.
“Ini memberikan manfaat penting”; kata Mary G, Enig, Ph.D, seorang ahli ilmu kimia lipid dan Fellow of the American
College of Nutrition, “Air susu telah meningkatkan
jumlah antimicrobial pelindung asid laurat dan asid kaprat, yang memberikan perlindungan lebih besar terhadap bayinya.
“Kalau ibu mengkonsumsi minyak kelapa setiap hari pada saat menyusui, kandungan MCFAnya akan lebih besar. Persiapan
ibu sebaiknya dimulai sebelum bayi dilahirkan. Wanita hamil menyimpan lemak yang selanjutnya akan digunakan untuk menghasilkan
susu. Setelah bayi dilahirkan asid lemak yang disimpan di dalam tubuh ibu dan juga dari makanan harian akan digunakan
dalam produksi susu. Kalau ibu terus mengambil MCFA dengan banyaknya, terutama asid laurat dan asid kaprat (dua bentuk
MCFA (sebagai antimicrobial), maka susunya akan memberi manfaat maksima terhadap bayinya.
Kalau ibu tidak
mengambil makanan yang mengandungi MCFA dan tidak makan pada saat menyusui, maka kelenjar susu hanya akan mampu menghasilkan
sekitar 3% asid laurat dan 1% asid kaprat. Akibatnya bayi akan kehilangan nutrisi dan juga perlindungan antimicrobial.
MINYAK KELAPA DARA AMAT SESUAI UNTUK BAYI
Minyak
Kelapa Dara ini sangat sesuai bagi kegunaan luaran bayi anda yang berumur dari 1 hari hingga 6 tahun. Bahagian yang
penting yang perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi, punggung dan bahagian yang mudah terkena serangan ruam lampin,
kerengsaan kulit, juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian yang mudah mendapat ruam susu), kulit kering dan melecet.
Anda tidak perlu bimbang kerana Minyak Kelapa Dara ini tidak mengandungi sebarang toksin
ataupun bahan kimia dan tidak merbahaya jika terkena mata bayi anda. Kandungan tinggi, sekitar 50% lauric oil dan capric oil
yang terdapat dalam Minyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit bayi
anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit (sehingga connective tissue) dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa. Kulit
bayi anda akan kelihatan sihat, lembut dan segar selalu. Sebaiknya gunakan minyak ini setiap kali selepas memandikan bayi
anda atau selepas menukar lampin bagi mencegah kudis dan ruam pada bayi.
Kanak-kanak berumur
7 hingga 12 tahun (1 sudu teh 2X sehari ). Bagi yang berumur 13 hingga 100 tahun (2 sudu teh 2X sehari ) Bagi
kanak-kanak yang berumur diantara 7 hingga 12 tahun boleh menggunakan minyak ini untuk kegunaan luar dan dalam badan. Di mana
ia sesuai untuk diminum 1 sudu teh selepas sarapan pagi dan selepas minum petang. Manakala bagi mereka yang berumur 13 hingga
100 tahun anda disarankan meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh selepas minum petang. Minyak ini akan bertindak
membantu menguatkan sistem imunasi tubuh dengan keupayaan tubuh menukar lauric asid dan capric asid kepada monolaurin dan monocaprin yang bertindak membunuh virus, bakteria dan protozoa dengan cara ia menghancurkan lapisan
lipids dan phospholipids virus tersebut. 'Saturated fat' yang terdapat dalam Minyak Kelapa Dara adalah
jenis 'medium chain fatty acid'. Dalam tubuh ia dihantar terus ke liver dimana ia terus diubah kepada tenaga, berbanding lain-lain
jenis fat yang disimpan didalam sel tubuh (sebagai lemak badan) Dengan lain perkataan ia lebih mudah dihadamkan dan
dipergunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga. Anda akan lebih bertenaga dan kekal cergas.
Minyak Kelapa Dara juga
amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia. Menurut Dr Joseph Mercola
(pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihataN). Kandungan lauric oil dan capric
oil yang terdapat sekitar 50% dalam Minyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap
jauh kedalam kulit dan membunuh segal virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan
Minyak Kelapa Dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan
kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas
radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan
oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak Kelapa Dara mampu
mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur
dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit. Minyak
Kelapa Dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki
kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada
kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak Kelapa Dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit
anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’. Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih
minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya
ini terdapat dalam Minyak Kelapa Dara.
Menghilangkan kesan rekahan pada perut selepas bersalin dengan berkesan Kandungan
lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam Minyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai
pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan
Minyak Kelapa Dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit
anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas
radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan
oleh faktor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak Kelapa Dara mampu
mengekalkan ‘connective tissue’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari
kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit, membantu
melega dan menyamankan gejala ekzema, psoriasisn serta jangkitan kulat. Minyak Kelapa Dara bukan
sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak
dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel
luaran kulit yang mati. Minyak Kelapa Dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah
kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.
Penggunaannya
sangat mudah. Minyak Kelapa Dara setiap hari pada perut atau mana-mana bahagian kulit yang
berkedut, muka berjeragat dan bahagian tumit merekah setiap hari atau mana-mana bahagian yang perlu. Amalkan sehingga 6 bulan,
InsyAllah kulit anda akan kembali licin dan segar.