1. MENINGKATKAN METABOLISME DAN ENERGI TUBUH MANUSIA
Apabila seseorang
pernah mengalami kemalangan kereta yang parah atau terlalu parah sehingga perlu dihantarkan segera ke hospital dan perlu menjalani
rawatan di bilik kecemasan, atau diserang panyakit yang mengancam nyawaya, atau mungkin sehubungan dengan umur diopname
untuk menyembuhkan satu gangguan degeneratif. Dalam situasi demikian hidup atau mati sangat bergantung pada rawatan yang
diterima di hospital. Seringkali harus diinfus melalui urat nadi atau melalui tabung. Di unit kecemasan mungkin ada pesakit
lain, yang menderita komplikasi kerana penyakit-penyakit keturunan seperti cystic fibrosis atau epilepsy dan
mungkin penyakit bayi premature yang memperjuangkan minggu-minggu kehidupan pertamanya. Pada masing-masing kes ini sebenarnya
para pesakit ini dapat menaruh kepercayaan untuk pulih dengan menggunakan minyak kelapa dara. Ya, dalam satu bentuk, Minyak Kelapa Dara menjadi sebahagiaan pengubatnya.
Dengan mengabaikan
kandungannya, penyembuhan memerlukan nutrisi yang baik. Para ahli makanan telah lama melihat manfaat nutrisi MCFA. Minyak Kelapa
Dara merupakan satu alternatif, yang digunakan di hospital sebagai campuran susu untuk memberi makan pada bayi, atau
sebagai penyusuan cairan yang dimasukkan ke tubuh pesakit melalui infus atau melalui tabung yang dimasukkan melalui kerongkong.
Dalam keadaan kecemasan ketika cairan komersial tidak didapati, sebahagian doktor di daerah iklim tropika akan menggunakan
santan kelapa. Seringkali dianggap sebagai “ santan “ air kelapa segar bebas dari bakteria dan mempunyai
garam mineral, gula dan asam lemak rantai sedang (MCFA) yang mampu memberi pesakit zat yang tidak mampu mengambil atau mencerna
makanan biasa. Air kelapa dilapurkan telah menyelamatkan nyawa ratusan orang yang sakit parah dan orang yang terluka. Diantara
manafaat paling besar adalah melawan dehidrasi dan electrolyte depletion untuk tentera-tentera yang terluka. Selama
Perang Dunia II orang Jepun menggunakan air kelapa sebagai sosialusi keadaan darurat.
Mungkin timbul
persoalan mengapa mereka menggunakannya? Ini kerana MCFA pada santan dengan mudah dicerna, diserap dan digunakan untuk memberi
zat pada tubuh. Ini penting bagi para pesakit yang menggunakan setiap baki sumber kekuatan yang mereka miliki untuk megatasi
sakit atau luka yang parah. Tidaklah mengejutkan mengapa MCFA ditambahkan pada formula bayi. Sebenarnya dengan meminum air
susu ibu atau diberi makan formula sebagai bayi adalah bererti mengkonsumsi MCFA. Ini kerana MCFA tidak hanya terdapat pada
minyak kelapa namun juga merupakan komponen air susu ibu alami dan penting. MCFA dianggap sebagai bahan zat esensial untuk
bayi dan juga untuk orang yang diserang gangguan pencernaan yang teruk seperti cystic fibrostic. Salah satu manfaat
MCFA yang pertama kali dikenal secara ilmiah adalah sifat uniknya mudah dicerna dan digunakan oleh tubuh. Lemak ini memberikan
manfaat nutrisi yang boleh memperbaiki kesejahteraan keseluruhan baik orang sakit mahupun orang sihat, muda atau tua.
Bahkan para atlit sekarang menggunakannya untuk meningkatkan penampilan dan mengendalikan berat badan. Sayangnya, saat ini
sedikit makanan yang mengandung MCFA. Perlu diketahui bahawa sumber yang paling baik adalah kelapa. Dengan menambahkan Minyak Kelapa Dara pada makanan sebenarnya merupakan satu cara untuk memperbaiki kesejahteraan.
2. MAKAN LEMAK,TURUN BERAT BADAN
Jumlah orang yang
berlebihan berat badan terus meningkat selama lebih dari beberapa puluh tahun terakhir ini, terutama selama 10 tahun kebelakangan
ini. Menurut Centres for Disease Control and Prevention (CDC) jumlah orang gemuk di Amerika telah meningkat pada 10
tahun terakhir ini dari 12% menjadi 17.9% dari keseluruhan penduduknya. Juga di Amerika, 55% dari keseluruhan penduduk yang
mengalami kelebihan berat badan, satu dari empat orang dewasa dianggap gemuk atau sebanyak 25% dari semua remaja mengalami
kelebihan berat badan. Anak-anak lebih banyak menjadi cepat gemuk, sehingga jumlah anak yang kelebihan berat badan meningkat
dua kali ganda pada 30 tahun terakhir ini. Angka ini hamper sama terjadi di Britain,
Jerman dan negara-negara Eropah lainnya.
Dilihat dari sudut
perubatan kegemukan adalah masalah yang serius. Dengan berat badan yang berlebihan, sesaorang boleh menambah risiko
mendapat penyakit. Seseorang dianggap gemuk jika berat sebenarnya 20% atau lebih di atas berat normalnya. Selama lebih dari
10 tahun terakhir ini kegemukan telah meningkat sebanyak 70% diantara orang yang berusia 18-29 tahun. Bagi orang yang berusia
30-39 tahun angkanya meningkat sebanyak 50%. Kesemua kelompok usia lainnya mengalami penambahan berat badan yang dramatik
seperti sakit jantung, hempedu, diabetis, osteoarthritis dan mati muda.
Jika masalah berat
badan dapat diatasi maka bererti badan akan menjadi sihat.Apatah lagi jika dilakukan sendiri tanpa bantuan ubat-ubatan. Kebanyakan
orang berusaha untuk menurunkan berat badan dengan megikuti berbagai program seperti mengurangi makanan berlemak dan melebihkan
karbohidrat. Ternyata ia membuat mereka sengsara sedangkan dan hasilnya tidak sebagaimana yang dikehendaki.
Segelintir orang
masih menganggap makan secara sihat dan seimbang adalah dengan menghindari lemak dan menggunakan minyak “sihat”
seperti marjerin dan minyak sayur sebagai bahan asas makanan. Namun jika dipelajari tentang makanan kesihatan dan Minyak
Kelapa Dara , sebenarnya mereka telah mengambil jenis minyak yang salah. Justeru itu mereka seharusnya menggantikan
minyak sayur dengan mengkonsumsi Minyak Kelapa Dara , menggunakan mentega (butter) menggantikan
marjerin, sedikit manis-manisan dan mengkonsumsi lebih banyak makanan serat. Dengan ini akan menjadikan badan lebih sihat
tanpa perlu mengurangi jumlah makanan yang diambil. Tambahan pula dengan memakan Minyak Kelapa Dara
mereka akan mendapat lebih kalori berbanding sebelumnya.
Cara pemakanan
seperti ini sebenarnya merupakan diet yang tanpa disedari boleh menurunkan berat badan. Keadaan ini dikatakan tanpa disedari
kerana sesaorang yang melalui kaedah ini akan mengalami kehilangan berat badan tanpa menjalani diet dan mereka sebenarnya
tidak pun berusaha untuk menurunkan berat badan mereka. Dengan pola makan seperti ini mereka tidak akan merasa terbeban dengan
aturan-aturan diet, serta bebas makan makanan berlemak terutama minyak kelapa.
3. TURUN BERAT BADAN DENGAN CEPAT.
Pernahkah anda melihat sebuah iklan “Saya menurunkan
berat badan 25kg dalam masa 4 minggu”. Saya mengurangkan ukuran dari 18 menjadi 8 dalam masa 30 hari?” Segala
macam program diet menjamin dapat menurunkan berat “dengan cepat”. Persoalannya, apakah mungkin sesaorang mampu
menurunkan berat badan dengan begitu cepat?
Cuba
perhatikan fakta berikut:
Satu paun (setengah
kg) lemak tubuh menyimpan 3500 kalori, untuk menurunkan harus mengulangi kalori yang masuk lebih kecil dari 3500 kalori. Rata-rata pengurangan sebesar 500 kalori
sehari atau 3500 kalori seminggu akan dapat menurunkan berat badan sebanyak setengah kg (satu paun) seminggu. Pengurangan
1000 kalori setiap hari sama dengan penurunan berat badan sebanyak 2 paun setiap minggu. Untuk menurunkan 1000 kalori setiap
hari, mereka harus mengurangi makanan hampir separuh dari biasa Itu merupakan pengurangan yang besar bererti penurunan lemak
memerlukan waktu, tidak dapat mengurangi 25kg lemak hanya dalam waktu 6 minggu. Hal ini tidak mungkin terjadi kecuali terlalu
gemuk dan tidak mengkonsumsi apa-apa kecuali air. Penurunan 3 hingga 6 kg lebih realistik dalam waktu 6 minggu
4. KELEBIHAN APABILA DISAPU PADA KULIT KEPALA & RAMBUT
Kelemumur pada
kulit kepala dan rambut sangat merimaskan, gatal dan berbau tidak menyenangkan. Lebih malang
lagi kelemumur akan mengakibtkan rambut kita kurang sihat dan sekiranya berterusan ianya akan menjejaskan kesuburan akar rambut.
Akibatnya rambut kita akan menjadi kurus dan akhirnya gugur dan kesudahannya menjadi botak. Memang benar ia sangat mujarab
untuk masalah kelemumur dan keguguran rambut di sebabkan kandungan lauric asid , capric asid dan berbagai lagi jenis fatty
asid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan meresap jauh kedalam kulit kepala untuk merawat sel-sel yang rosak.
- Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.
- Menghapuskan kelimumur pada kulit kepala dan mencegah dari
mengalami kekeringan kulit dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut menjadi subur dan bertambah hitam.
- Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya.
- Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari.
- Menyuburkan kulit kepala dan rambut dari gugur
5. RAWATAN RAMBUT.
Apa yang dilakukan
Minyak Kelapa Dara terhadap kulit boleh juga dilakukan untuk rambut. Minyak
Kelapa Dara boleh digunakan sebagai kondisioner rambut yang baik. Pakar kecantikan telah mengenal Minyak
Kelapa Dara dan mereka memperakui bahawa Minyak Kelapa Dara ini dapat memberikan kesan
efektifnya seperti kondisioner rambut di salun perawatan yang bernilai diantara RM 40 hingga RM 50. Sedangkan dengan Minyak Kelapa Dara ia boleh dilakukan dirumah dengan kos yang terlalu murah. Manfaat lain dalam menggunakan
minyak kelapa sebagai kondisioner rambut adalah kerana ia akan membantu mengendalikan kelemumur.
6. MINYAK
KELAPA MELINDUNGI & MENYEMBUHKAN KULIT.
Adalah dimaklumi
bahawa losyen ideal adalah losyen yang tidak hanya memperlembut kulit, namun melindunginya terhadap kerusakan, meningkatkan
penyembuhan dan memberinya penampilan yang lebih muda, dan sehat. Minyak Kelapa Dara memenuhi kriteria
tersebut. Minyak Kelapa Dara merupakan losyen kulit alami yang tersedia yang dapat mencegah pembentukan
radikal bebas perusak dan memberikan perlindungan terhadap radikal. Keupayaannya sehingga boleh membantu mencegah kulit dari
pertumbuhan jeragat dan kerosakan lain yang disebabkan oleh penuaan dan terkena cahaya matahari yang berlebihan. Ia membantu
menjaga jaringan connective agar tetap kuat dan longgar sehingga kulit tidak mengendur dan berkedut. Bahkan ia juga boleh
memperbaiki kulit yang rosak atau yang sakit.
Orang-orang Polinesia,
yang secara tradisional hanya mengenakan sedikit kain pada tubuhnya, selama beberapa generasi terkena cahaya matahari yang
panas membakar, namun mereka mempunyai kulit sehat indah tanpa cacat dan tanpa kanser. Ini disebabkan kerana mereka
memakan kelapa dan menggunakan minyaknya pada tubuh mereka sebagai losyen. Minyak ini diserap ke dalam kulit dan di dalam
susunan sel jaringan connective, membatasi kerusakan yang boleh diakibatkan kerana cahaya matahari yang berlebihan.
Kulit mereka tetap tidak rusak walaupun ketika terkena cahaya matahari yang panas selama beberapa jam.
Perbedaan diantara
minyak kelapa dengan krim atau losyen lain adalah bahawa produk krim dan losyen lain diproses untuk memberikan pemulihan
langsung, tetapi bersifat sementara. Sebaliknya minyak kelapa tidak hanya memberikan pemulihan yang segera namun boleh
juga membantu dalam proses penyembuhan dan perbaikan. Kebanyakan losyen tidak memberikan manfaat yang lama terhadap kulit
dan banyak losyen sebenarnya mempercepat proses penuaan. Mengapa harus mengambil risiko kerosakan kulit kekal kalau
dengan mudah bisa menggunakan Minyak Kelapa Dara untuk membantu mengembalikan penampilan menjadi
lebih muda?
Minyak
Kelapa Dara boleh membuat kulit terlihat lebih muda. Permukaan kulit mengandungi lapisan sel mati. Pada saat sel mati
ini hilang, sel baru mengambil alih tempatnya. Ketika usia beranjak tua, proses ini lambat dan sel mati cenderung menumpuk,
sehingga memberikan tekstur kasar dan jeragat pada kulit. Minyak Kelapa Dara dapat menghilangkan
sel mati dipermukaan luar kulit. Dan membuat kulit lebih halus yang mencerminkan kesihatan yang lebih merata, menciptakan
penampilan lebih sihat dan lebih muda. Kulit “bercahaya” kerana mencerminkan kulit bertekstur lebih baik dan merata.
Penghapusan sel kulit mati yang berlebihan dan penguatan jaringan yang mendasari merupakan dua manfaat utama dalam penggunaan
Minyak Kelapa Dara sebagai losyen kulit. Bahkan kadang-kadang anak muda boleh mengalami kulit kering
merekah secara berlebihan, kemudian menghasilkan ketebalan yang tidak normal dan seringkali mengganggu lapisan kulit yang
mati. Dengan Minyak Kelapa Dara tidak hanya memberikan pemulihan langsung, namun juga memberikan
perbaikan jangka panjang. Ramai orang telah mengalami hasil yang luar biasa dengan berbagai macam gangguan kulit. Banyak orang
telah mencoba tidak menggunakan bahan lain. Kalau kekeringan dan pecah-pecahnya parah, dianjurkan sebelum tidur malam diberi
sedikit Minyak Kelapa Dara yang cukup pada daerah yang terluka kemudian membungkusnya dengan
plastik agar tidak meleleh kemana-mana. Dipagi hari bukalah plastiknya dan cucilah Minyak Kelapa Dara
yang meleleh berlebihan. Lakukan ini setiap malam sampai keadaannya pulih seperti sediakala.
7. KESIHATAN KULIT.
Mungkin ada yang
bertanya, apakah Minyak Kelapa Dara bila disapukan atau diminum akan dapat membantu menjaga agar
kulit tetap muda, sehat dan bebas dari penyakit? Sebenarnya asam lemak antiseptik pada minyak kelapa dara mampu membantu mencegah
infeksi kulat dan bakteria pada kulit ketika mengambilnya dalam makanan dengan kadar tertentu maupun dipakai secara langsung
pada kulit. Ini terbukti pada apa yang berlaku terhadap orang-orang Polinesia yang menggunakan dengan teratur jarang sekali
diganggu oleh infeksi kulit atau jerawat.
Kulit bertindak
sebagai penutup yang melindungi dari luka seperti halnya sekelompok pasukan pengaman yang fleksibel. Ia menghambat gangguan
dari jutaan bakteria penyebab penyakit yang menyentuh tubuh setiap hari. Kalau pasukan pengaman tidak ada di kulit, tubuh
akan menghadapi kesukaran untuk bertahan hidup, bahkan organisma yang biasanya tidak berbahaya akan dapat mematikan.
Satu-satunya cara
organisma-organisma berkenaan untuk masuk kedalam tubuh selain melalui lubang alami, seperti hidung, dan mulut, adalah dengan
menembusi kulit. Walaubagaimanapun ini hanya akan berlaku jika pertahanan kulit terganggu, dan akibatnya akan dapat menimbulkan
infeksi. Jerawat, herpes, boils, atlete’s foot dan kutil hanyalah beberapa gangguan infeksi yang mempengaruhi
kulit dan tubuh.
Kulit berfungsi
bukan semata-mata hanya sebagai penutup kulit, tetapi berperanan juga sebagai tembok untuk menghalang gangguan bakteria penyebab
penyakit yang menunggu kesempatan untuk dapat masuk kedalam tubuh. Koyakan kecil, bahkan satu calar kecil, akan memudahkan
banyak bakteria masuk ke dalam tubuh, yang mengakibatkan penyakit dan mungkin juga kematian. Untungnya, kulit tidak hanya
memberikan hambatan fizikal namun juga hambatan bahan kimia. Lingkungan bahan kimia pada permukaan kulit sehat sangat tidak
toleran terhadap bakteria berbahaya. Akibatnya, organisme yang mengakibatkan penyakit tidak dapat hidup di kulit tubuh. Oleh
itu kebanyakan goresan tidak berakhir dengan infeksi kerana secara relatif kulit bebas dari bakteria berbahaya. Namun
kalau satu luka disebabkan oleh objek seperti kuku kotor yang dipenuhi dengan mikroorganisma berbahaya, mereka melewati
hambatan fizikal dan hambatan kimia kulit maka itulah yang sering mengakibatkan infeksi. Perlu diingat bahawa hambatan kimia
paling besar bagi organisma penyebab infeksi adalah lapisan asam kulit. Kulit sehat mempunyai pH sekitar 5, yang membuat sedikit
asam. Keringat yang mengandungi asam urat dan asam lastat, sedangkan minyak tubuh akan meningkatkan lingkungan asam. Kerana
alasan ini, keringat dan minyak memberikan manfaat bagi tubuh. Bakteria baik boleh bertolak ansur dengan asam yang ada di
kulit, namun bacteria jahat tidak akan mampu bertahan, jadi jumlahnya akan hanya tinggal sedikit.
Minyak yang dihasilkan
tubuh dinamakan sebum. Sebum di hasil dan dikeluarkan oleh kelenjar minyak (kelenjar sebaceous) yang ada di sekitar
akar rambut dan juga tempat lain. Minyak ini sangat penting untuk kesihatan kulit kerana dapat melembutkan dan melumasi kulit
maupun rambut serta mencegah kulit agar tidak kering dan pecah-pecah. Sebum juga mengandungi medium chain fatty acids
(MCFA), dalam bentuk medium chain triglycerides (MCT), yang dilepas untuk memerangi bakteria berbahaya.
Kulit merupakan
rumah bagi banyak organisma, yang kebanyakannya tidak berbahaya, bahkan banyak diantaranya bermanafaat dan merupakan bakteria
yang esensial untuk memberi kesihatan kepada kulit. Ia masuk ke dalam sebum , memecah triglycerides menjadi asam lemak
bebas.
Triglycerides hanyalah
merupakan tiga asam lemak yang disatukan oleh molekul gliserol. Sebum dan juga semua lemak makan seperti minyak jagung, minyak
kedelai dan lain-lain, adalah terdiri dari triglycerides. Bakteria ini masuk ke dalam molekul gliserol yang menyatukan asam
lemak. Ketika gliserol dilepaskan, asam lemak dibebaskan dan menjadi individu yang berasingan. Kesemuanya itu yang dinamakan
asam lemak bebas. MCFA yang saling diikat oleh triglycerides tidak mempunyai sifat antimicrobial.
Bakteria ini merubah
MCT dalam sebum pada kulit menjadi asam lemak bebas yang boleh mematikan virus dan kulat penyebab penyakit. Kombinasi
pH dengan MCFA memberikan lapisan kimia di atas kulit yang mencegah infeksi dan mikroorganisma penyebab penyakit.
Kebanyakan mamalia
menggunakan sifat antimicrobial MCFA untuk melindungi dirinya dan infeksi. Ketika ada pada tubuh, asam lemak ini menyusun
minyak yang dikeluarkan oleh kulit. Di alam liar, binatang dilindungi oleh alam dan mempunyai naluri untuk mudah sembuh dari
luka. Gigitan dan goresan merupakan kejadian biasa,terutama disebabkan oleh binatang pemangsa. Luka yang ditimbulkan oleh
binatang pemangsa ini seringkali menyebabkan infeksi pada mangsa. Secara naluri, binatang yang terluka akan menjilati lukanya
untuk membersihkannya dan menyebarkan minyak tubuh kedalam jaringan yang terluka. Minyak ini memberikan anti infeksi
terhadap lukanya dan melindungi binatang dari infeksi. Dengan demikian, ketika jari tergores secara naluri haiwan berkenaan
akan membawa bagian jarinya yang luka ke mulut.
Air ludah juga
membantu meningkatkan jumlah MCFA pada kulit. Air ludah mengandungi sejenis enzim yang dinamakan lingual lipase yang
memulakan proses pemecahan lemak ke dalam asam lemak individual. Enzime ini siap memecah MCT pada lemak makan dan minyak tubuh
(sebum) ke dalam MCFA bebas. Lemak dan minyak yang terbuat dan long chain fatty acids, yang ada pada kebanyakan lemak
makan, memerlukan tambahan enzim gastric dan enzim pancreas untuk memecah menjadi asam lemak individual.
Binatang seringkali
membersihkan dirinya dengan menjilati bulunya, melapisinya dengan enzim saliva sehingga boleh merubah minyak tubuh
menjadi MCFA bebas pelindung. Penjilatan luka juga mencampur saliva dengan minyak di atas kulit dan rambut, yang menghasilkan
lebih banyak MCFA yang dapat membantu memerangi infeksi.
Adalah didapati
beberapa binatang menghasilkan lebih banyak asam lemak pelindung berbanding binatang lain. Landak merupakan salah satu
yang membuat senjata pengancam bakteria. Dr. Uldis Roze, seorang professor biologi pada Queens
College di New York,
mengatakan bahawa jumlah besar dari asam lemak pelindung adalah pertahanan melawan luka pada diri sendiri. Dr.
Roze berteori bahawa cairan pada minyak mengandungi sifat antibiotika yang melindungi. Teori ini dibuktikan ketika minyak
dianalisa dan diuji, maka MCFA pada minyak terbukti jadi rahasianya. Penelitian menunjukkan bahawa asam lemak ini dapat mematikan
beberapa jenis bakteria yang telah diobati dengan penisilin, termasuk streptococcus dan staphylococcus.
Hampir semua ubat
kulit mempunyai perlindungan dengan berbagai kadar. Minyak dipermukaan kulit dan rambut terdiri dari 40 hingga 60% asam lemak
bebas. Diantara asam lemak ini adalah MCFA yang mempunyai sifat antimicrobial. MCFA pada sebum ini memberikan lapisan
perlindungan pada kulit yang mematikan bakteria berbahaya.
Orang dewasa menghasilkan
lebih banyak sebum dibandingkan dengan kanak-kanak. Ini bererti orang dewasa mempunyai kadar perlindungan yang lebih
besar dari infeksi kulit. Ternyata MCFA yang ditemui pada sebum adalah sama dengan yang terdapat pada minyak kelapa
dara. Kesimpulannya Minyak Kelapa Dara dapat memberikan kadar perlindungan yang signifikan
dari infeksi pada kulit
8. KUDIS & LUKA.
Minyak
Kelapa Dara + Honey jika diminum akan dapat membantu menguatkan sistem imunasi tubuh dengan keupayaan tubuh menukar
lauric asid dan capric asid kepada monolaurin dan monocaprin yang bertindak membunuh virus, bakteria dan protozoa
dengan cara ia menghancurkan lapisan lipids dan phospholipids virus tersebut. Begitu juga dengan Minyak
Kelapa Dara yang kandungan lauric asid dan capric asidnya bersifat antiviral, antibakterial dan antiprotozoal jika disapukan pada bahagian kudis akan bertindak dengan cara yang sama walaupun kekuatannya (lauric asid dan capric asid)
tidak sekuat monolaurin dan monocaprin dalam tindakannya memusnahkan organisma yang menyebabkan infeksi.
9. ULSER & SEMBELIT.
Sebahagian dari
ulser selalunya disebabkan oleh virus Herpes simplex type 2. Ia akan menyerang apabila keadaan immuniti sesaorang itu
rendah seperti ketika sakit, demam, selsema, kencng manis, ketika datang haid, stress dan sebagainya, sementara sembelit pula
adalah disebabkan oleh kekurangan air, kurang serat, tindak balas ubat/bahan kimia, sikap membuang air yang tidak betul, kanser
usus, selepas pembedahan atau mengandung.
Pada umumnya
dengan pengambilan Minyak Kelapa Dara akan meredakan sakit, disamping dapat mengurangkan radang
dan munyurutkan bengkak bagi pengidap ulser. Kandungan lauric asid dan capric asid (yang bersifat antimikrobial) yang tinggi dalam Minyak Kelapa Dara membantu meningkatkan daya tahan disamping bertindak sebagai
antibiotik yang baik dalam tubuh. Bagi
pengidap sembelit, Minyak Kelapa Dara boleh melawaskan di samping membantu merawat luka dalaman
seperti buasir.